Rundingan Persidangan Perubahan Iklim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu 2021

Objektif utama bagi persidangan ini adalah untuk memastikan sasaran pengehadan suhu dunia di bawah 1.5°C masih boleh dicapai.[7] Penghentian penggunaan arang secara berfasa juga akan dibincangkan dalam persidangan ini.[8]

Artikel 6

Butiran Artikel 6 Perjanjian Paris yang menggariskan peraturan-peraturan pasaran karbon antarabangsa dan kerjasama antarabangsa yang lain juga akan dibincangkan dalam persidangan ini..[9][10] Kendatipun parti-parti yang menandatangani Perjanjian Paris telah bersetuju bahawa kiraan dua kali (double counting) pembebasan karbon harus dielakkan, namun mereka masih belum menentukan satu cara yang sesuai untuk mengelakkannya.[9] Para pemimpin negara dijangka tidak akan bersetuju untuk membawa depan kredit karbon yang diamalkan berdasarkan Protokol Kyoto sebelum tahun 2020. Oleh itu, Artikel 6 boleh membawa perubahan yang besar terhadap pembebasan masa depan.[11]

Pembiayaan iklim

Pembiayaan antarabangsa bagi adaptasi dan mitigasi perubahan iklim merupakan salah satu topik utama yang akan dibincangkan.[12] Negara-negara membangun telah diberi janji bahawa 100 bilion USD akan diberikan kepada mereka pada setiap tahun mulai 2020 untuk membantu mereka mengurangkan pembebesan karbon mereka.[13] Namun, negara-negara kaya dalam OECD, terutamanya AS, telah memungkir janji tersebut.[14]

Berkaitan

Persidangan Perubahan Iklim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu 2021 Persidangan Perubahan Iklim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu 2009 Persidangan Potsdam Persidangan Perubahan Iklim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu 2022 Persidangan Dunia mengenai Pengurangan Risiko Bencana Persidangan Meridian Antarabangsa Persidangan Perdagangan dan Pembangunan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Persidangan Pemakaian Bahasa Esperanto di bidang Sains dan Teknologi Persidangan Geneva 1954 Persidangan Perubahan Iklim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu 2015

Rujukan

WikiPedia: Persidangan Perubahan Iklim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu 2021 //geohack.toolforge.org/geohack.php?pagename=Persi... https://www.ipcc.ch/reports/ https://blog.alfaenergygroup.com/the-importance-of... https://www.bbc.com/news/topics/cgdwpywgeegt/cop26 https://www.bloombergquint.com/politics/what-is-co... https://www.cnn.com/2021/10/02/europe/john-kerry-c... https://www.spglobal.com/platts/en/market-insights... https://www.theguardian.com/environment/2021/oct/1... https://www.washingtonpost.com/climate-environment... https://www.downtoearth.org.in/news/climate-change...